Mukjizat Al-Qur’an: Teori Relativiti dan Bumi Bergerak Atas Paksinya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Rupabentuk gunung di atas muka bumi (Gambar Hiasan)

Maksud firman Allah, ayat 88 Surah An-Naml:

” Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan rapi; sesungguhnya Ia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. ” (QS An-Naml: 88)

English translation:

” And you will see the mountains and think that they are solid, but they shall pass away as clouds pass away. (Such is) the work of Allah, Who has rightly perfected all things. He is fully aware of all that you do. ” (QS An-Naml: 88)

Adalah menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam beriman dengan setiap dari ayat Al-Qur’an iaitu tuntutan Beriman kepada Kitab. Walaupun kita boleh beriman dengan mempercayai setiap perkataan dengan menerimanya tanpa ada penjelasan lanjut atau dalil lain tetapi adalah jauh lebih baik kita memahaminya dengan pembuktian ilmu sepertimana dituntut oleh Allah, semuanya untuk memberi pengajaran antaranya disebut kepada orang-orang yang beriman, orang-orang yang berakal, orang-orang yang berpengetahuan, orang-orang yang berfikir.

Di zaman sains dan teknologi adalah menjadi kewajipan kita lebih-lebih lagi untuk memahami ayat-ayat al-Qur’an bagi menolak bisikan-bisikan syaitan yang akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Salah satu caranya dengan ia menyerang sesuatu yang kita kurang arif tentangnya.

Alhamdulillah kita telah beriman dengan keseluruhan ayat al-Qur’an tetapi dengan memahami penghuraiannya sudah tentu ianya akan menambahkan lagi keyakinan kita dan menyebabkan syaitan berputus asa untuk menyesatkan kita, InsyaAllah.

Pada ayat 88 Surah An-Naml disebut bahawa kita menyangka bahwa gunung-gunung adalah tetap tidak bergerak tetapi Allah menyatakan bahawa gunung-gunung itu bergerak seperti bergeraknya awan. Bukankah awan itu bergerak dengan laju sedangkan kita melihat gunung tidak bergerak?

Rupa-rupanya kurang 100 tahun yang lalu, sains membuktikan bukan sekadar gunung-gunung bahkan seluruhnya yang berada atas mukabumi bergerak setelah melihatnya dari angkasa lepas. Iaitu sebenarnya bumi berputar atas paksinya dan putaran bumi iaitu selama 24 jam melangkaui jarak 40 ,000 kilometer pada garisan khatulistiwa.

Gambar diambil dari pesawat Apollo 8

Maka sebenarnya gunung-gunung itu bergerak dengan kelajuan 1670 km/j bagi gunung-gunung yang terletak di kawasan Khatulistiwa. Kita juga turut bergerak pada kelajuan yang sama kita melihat gunung tersebut maka sebab itu kita menyangka bahawa gunung-gunung itu pegun tidak bergerak.

Einstein sendiri telah menemui Teori Relativiti bermula dengan teori asal yang kelajuan adalah bergantung kepada titik ukuran kelajuan tersebut. Seterusnya teori tersebut berkembang kepada teori masa yang mana masa berhubung kait dengan kelajuan cahaya. Sekali lagi Islam dan al-Qur’an sentiasa mendahului sains sejak lebih seribu tahun dahulu. Malangya penemuan-penemuan sains di pelopori dari kalangan bukan Islam sedangkan arahan mengkajinya telah disebut oleh Allah SWT kepada orang-orang Islam.  Wallahua’lam.

Animasi putaran bumi

28/08/2011 at 2:23 PM Leave a comment

Apakah mimpi itu gambaran perjalanan ke Padang Mahsyar?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pagi semalamnya dalam kuliah Subuh saya mendengar penyampaian ceramah Ustaz Ridzuan yang antara lainnya menyatakan apakah sebenarnya takrif  “Orang Bertaqwa” sepertimana dinyatakan bahawa kewajipan Ibadah Puasa adalah untuk mendidik kita agar menjadi orang-orang yang Bertaqwa. Macamana kita nak tahu sama ada kita telah mencapai darjah taqwa itu. Dinyatakan para ulama bahawa taqwa itu ialah kita melaksanakan perintah Allah SWT sepertimana yang disuruh. Sebagai contoh bila berpuasa kita disunatkan bersahur, maka melaksanakan sahur itu taqwa, begitu juga dengan amalan-amalan lain. Maksudnya bukannya taqwa itu semata-mata di hati tanpa melaksanakan amalan ataupun bila beramal, tidak melaksanakan sesuatu amal itu dengan sepenuh hati.

MasyaAllah.. pada malam berikutnya tanggal 8 Ramadhan 1432H berlaku satu mimpi yang memberi pengertian yang besar dalam hidup ini. Mungkin ada pengajaran baik yang boleh diambil daripadanya pada diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya.

Dalam mimpi itu, perasaanku mengetahui bahawa aku sebenarnya telah meninggalkan alam dunia dan telah berada di alam yang berikutnya sekian lama. Aku melihat di hadapanku satu kawasan yang sangat luas dan sangat rata seluas mata memandang, tiada bukit bukau atau tasik/sungai dan kosong, tiada pokok atau barang-barang. Permukaan tanah itu berwarna putih dan suasana pencahayaan adalah terang. Tiba-tiba aku nampak kelibat manusia 2/3 orang, satu kumpulan lelaki berjalan dan berlalu dari arah kiri ke arah kanan. Tak lama kemudian ada lagi orang berlalu, orang lain pula pada arah yang sama.  Kemudian dari kejauhan kelihatan pula seorang wanita berpakaian menutup aurat dan bertudung juga berlalu tetapi pergerakannya sangat laju berbanding yang lain yang dapat saya lihat seperti meluncur.

Setelah itu dari jauh aku terlihat sekumpulan 4/5 orang (dewasa dan kanak-kanak) dan mataku tertumpu kepada seorang daripadanya yang aku mengenalinya dengan jelas berjalan dengan melangkah kelajuan biasa. Dalam kesunyian aku gembira rupanya perempuan yang diiringi tadi merupakan orang yang aku kenali dari kalangan ahli keluargaku.

Maka ingin aku dekati, tiba-tiba aku telah memintas kumpulan tersebut lalu mendekatinya.. Maka aku lihat keadaannya adalah sangat daif berbanding semasa di dunia, selain jasadnya lebih muda berbanding umurnya sekarang (masih hidup). Hatiku berkata Ya Allah mengapakah keadaannya sedemikian rupa dan ianya membuatkan hatiku sedih.  Dia kelihatan tidak bertudung selain pakaiannya yang sangat lusuh dan compang-camping. Selain itu mukanya berdebu dan terdapat kuping-kuping luka/kudis pada lengannya, ibaratnya seperti pelarian perang. Sedangkan aku masih ingat bahawa semasa pada alam dunia dia seorang Islam yang taat, menutup aurat selain melaksanakan kefardhuan seorang Islam. Hatiku menjadi sayu. Aku menyapanya dan dia mengenali aku dan menyebut namaku dengan wajahnya yang pada kebiasaannya nampak gembira bila bertemu. Lalu dia bertanya seolah-olah dia tidak tahu keadaannya, pertanyaannya “ Bagaimana keadaan saya (perkataan asal ditukar dari gantinama) ok ke?).. Seolah-olah dia sendiri tidak tahu keadaanya pada alam itu. Pertanyaan itu betul-betul menyayat hatiku melihatkan keadaannya yang dhaif itu. Aku tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya hanya melemparkan senyuman. Sambil melangkah berjalan, kemudiannya aku mendokongnya dengan dia berbaring di atas kedua-dua lengan tanganku di hadapanku, berjalan sambil membawanya. Meneruskan perjalanan di padang yang luas itu, tiba-tiba dia membuka mulut mahu bercerita, sedang hatiku berkata “tak perlulah cerita apa-apa sekarang.. kita sekarang ni dah berada di alam lain bukan dunia lagi” .

Dengan nada biasa seperti di alam dunia dia berkata, “Sebenarnya semasa di dunia dulu saya  tidak melakukan dosa besar dan beramal pun sekadar melaksanakan amal-amal itu (bukan dengan bersungguh-sungguh)”. Ketika mendengarkan perkataanya, hatiku berkata “tak perlulah menyatakan kekurangan yang kita lakukan semasa di dunia kerana kalau boleh kita sembunyikan segala kekurangan, dosa dan sebagainya kerana kita berada di alam pembalasan sekarang ini”. Sebaik saja dia habis mengucapkan kata-kata tadi, dengan tidak semena-mena dari arah langit (atas) sebelah kanan seperti kilat datang bayang-bayang hitam dan terus menuju kepadanya yang berada di tanganku. Rupanya datang siksaan pada waktu itu kepadanya dan dia terus meraung kesakitan yang teramat dengan jeritan yang terlalu kuat bunyinya dan berterusan “Arrrrggggghhhhhhh…….” raungan sebegitu rupa yang belum pernah aku dengar semasa di dunia. Aku dapat rasakan kepedihan siksaan itu sehinggakan tanganku turut merasai sedikit tempias dari kesakitan tersebut. MasyaAllah.. sakitnya memang pedih yang teramat dan rasanya amat berlainan daripada rasa sakit yang biasa kita alami di dunia ini. Pada waktu itu aku terus terjaga dari tidur sambil beristigfar berulang-ulang kali dengan degupan jantung yang amat kencang..  Alhamdulillah rupanya saya masih lagi hidup di atas muka bumi untuk mengambil pelajaran daripadanya dan memperbetulkan keadaan tersebut sebelum kami/kita semua mati dan seterusnya bertemu dengan Allah Azzawajalla.

Pengajaran yang dapat aku ambil dari kisah mimpi ini ada dua:

  1. Hendaklah kita menjaga diri kita dengan melaksanakan perintah Allah dan hendaklah kita jaga ahli keluarga kita sekali. Ini adalah selari dengan firman Allah seperti dinyatakan di kitabNya yang mulia. Maka tidak cukup dengan diri sendiri menjadi baik sedangkan meninggalkan kaum keluarga dalam kejahilan dan jauh dari rahmat Allah SWT. Oleh itu ajaklah kaum keluarga kembali kepada Allah semuanya iaitu: suami-isteri, anak-anak, adik beradik dan ibu-bapa dan yang lainnya.
  2. Tidak cukup sekadar kita meninggalkan dosa besar dan melaksanakan amal dengan “melepas batuk di tangga” melainkan amalan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak ada yang selainNya.

 

Oleh itu cuba-cubalah kita kembali merenungi dan mengambil iktibar dari firman Allah, Surah Al-Mu’min: Ayat 15-16:

” Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang mempunyai Arasy; Ia memberikan wahi darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, supaya Ia memberi amaran tentang hari pertemuan.”

Iaitu hari mereka keluar dari kubur; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun darihal keadaan mereka. Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya! ”

 

English Translation, Surah Al-Mu’min: Ayah 15-16:

” High above all orders of dignity is He, the Lord of the Throne (of Divine Majesty and Power). By His Command does He send the spirit of Revelation on those of His servants whom He chooses (to be His Messenger), that He may warn (mankind) of the day of mutual meeting,- ”

The Day when they all shall rise up (from their graves) with nothing concerning them hidden from Allah. (At that time Allah says): ?To whom belongs is Sovereignty today?? (Allah Himself answers): ?To Allah, the One, Who holds Absolute Sway over all that exists!? ”

 

Mudah-mudahan ada kebaikan dari penceritaan ini dan boleh diambil pengajaran daripadanya untuk kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa, iaitu produk Ramadhan tahun ini.

Wallahu’alam

09/08/2011 at 12:20 PM Leave a comment

Janji Siapakah Yang Pasti Benar?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

This slideshow requires JavaScript.

Keindahan sungai-sungai di dunia (gambar hiasan)

Maksud Firman Allah SWT.

” Dan orang-orang yang ber(Iman) serta ber(Amal) soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga (Jannah) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? ”  (Surah An-Nisa’: 122)

English translation:

” But as for those who believe (Iman) and do good works (Amal) We shall bring them into gardens (Jannah) underneath which rivers flow, wherein they will abide for ever. It is a promise from Allah in truth; and who can be more thruthful than Allah in utterance? ”  (Surah An-Nisa’: 122)

Syurga

MasyaAllah.. terpesona kita melihat keindahan sungai (dan persekitarannya) yang ada di mukabumi ini. Di akhirat nanti sungai-sungai di Jannah tentulah amat mempersonakan lebih lagi dan penuh dengan kenikmatan-kenikmatan yang lebih extreme dan pelbagai. Tiada siapa yang tidak mahu berada di tempat seperti itu untuk menikmatinya.

Sebenarnya syaratnya ada 2 sahaja sepertimana yang terkandung dalam ayat di atas yang di nyatakan 1400 tahun dulu yang disampaikan oleh Pesuruh Allah Nabi Muhammad SAW. Tanpa kedua-duanya kita tidak menepati syarat kelayakan tersebut samalah seperti jika kita ingin melanjutkan pelajaran sesebuah universiti atau memohon kontrak kerajaan tentulah ada syarat-syaratnya yang mesti dipatuhi dan dipenuhi.

Pertamanya disebut berIman yang mana jika manusia itu berbuat baik sebanyak mana sekalipun amalannya tidak akan diterima oleh Allah jika dia tidak berIman,hasil amalan baiknya terhenti setakat mendapat ganjaran di dunia sahaja seperti menikmati kejayaan material, kemajuan, pembangunan, status dan sebagainya.

Manakala berAmal merupakan syarat kedua yang wajib ada untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat lebih-lebih lagi. Setakat beriman tanpa beramal merupakan suatu kerugian kerana amal itu sendiri merupakan manifestasi pembuktian kekuatan iman seseorang yang bersarang di hati yang sudah tentu tidak dapat di lihat oleh mata. Penghayatannya ialah dengan kita secara sedar memastikan setiap perbuatan/amal difikirkan dahulu adakah perbuatan/amal yang hendak dilakukan itu adalah perbuatan atau amal yang baik. Bukan sahaja dari segi amal ibadah tetapi merangkumi amal muamalah iaitu sebarang perlakuan, perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan setiap hari 24x7x365.

Janji

Pernahkah kita terfikir, apabila bos atau majikan kita menyatakan sesuatu kita tentu akan terus mematuhi arahannya atau mempercayai perkataannya. Lebih-lebih lagi jika beliau berjanji sesuatu kepada kita tentu tahap kepercayaan kita lebih tinggi lagi.

Betapa Allah hendak meyakinkan hamba-hambaNya sehingga Allah sendiri menyatakan Allah berjanji! Kerana Dia tahu ramai dari kalangan manusia yang tidak atau enggan mempercayai perkataanNya.

Tidak cukup dengan itu Allah menyakinkan lagi bahawa tidak ada sesiapa yang boleh berjanji dan menepati janjinya lebih baik dari Allah. Kadang2 bos kita atau kawan kita  janji itu dan ini.. kita buatlah kerja sambil menunggu janji tersebut bertahun-tahun.. tetapi belum tentu mereka akan menunaikan janji tersebut atas pelbagai sebab sama ada secara pilihan mereka sendiri ataupun kerana telah tiada (mati) kemudiannya sebelum sempat melunaskan janji tersebut.

Tetapi yang berjanji hendak memasukkan kita ke Syurga adalah Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam, Yang Maha Kuasa, Yang Hidup Kekal, Yang Mempunyai KerajaanYang Agong, maka sudah tentu keyakinan kita bukan setakat 100% bahkan 200% malah lebih lagi.

Syarat dah ada, pilihan di tangan kita. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua dan memberi kita kekuatan untuk memenuhi syarat-syarat tersebut dan seterusnya dengan rahmatNya juga di masukkan ke Syurga yang abadi.. Amin

Wallahua’lam.

04/08/2011 at 2:38 PM Leave a comment

Mukjizat Al-Qur’an Semasa: Bahanapi petroleum (hidrokarbon)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Green Trees in Malaysia Forest

Maksud Firman Allah:

” Iaitu Tuhan yang menjadikan untukmu API dari POKOK yang HIJAU; maka tiba-tiba kamu dapat menyalakan API daripadanya”

(Surah Yasin: Ayat 80)

English Translation:

” Who hath appointed for you FIRE from the GREEN TREE, and behold! ye kindle from it.” (Surah Yasin: Ayat 80)

1400 tahun tahun yang lalu dan zaman sekarang sekarang terbukti kandungan Al-Qur’an menepati ilmu sains dan teknologi. Orang2 zaman dulu menyalakan api daripada kayu, zaman sekarang guna petrol, gas dan sebagainya yang sekarang ini disebut bahanapi.

Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kita takjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api.

Dizaman kita pula, tidak kah kita pula rasa takjub bagaimana pula petrol, gas dan sebagainya mengeluarkan api?

Bukankah petrol, diesel, gas methana, arangbatu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal dari dari pokok2 yang tertimbus jutaan tahun yang lalu.

Lihatlah kebesaran Allah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah dari pokok.

Mengapa disebut pokok HIJAU, bukankah lebih baik (orang lebih mudah faham) pokok/kayu yang kering. Rupa2nya Allah memilih untuk menyatakan pokok yang HIJAU bagi menunjukkan kebesaranNya kerana sekarang ini telah terbukti penemuan sains kemudiannya menyaksikan bahawa warna hijau pada daun pokok itu adalah “Klorofil” yang menghasilkan unsur karbon dan oksigen hasil tindakbalas cahaya matahari dan gas karbon dioksida.

Sekali lagi disebut, KARBON (unsur terdapat dalam hidrokarbon)  dan OKSIGEN yang perlu untuk menghasilkan API. Dan kedua-duanya dihasilkan oleh POKOK yang HIJAU. Tanpa ada kedua2nya tidak ada api kerana karbon memerlukan oksigen untuk pembakaran dan kedua2nya dihasilkan oleh pokok hijau.

Bila orang bertanya darimana datangnya api, maka sebenarnya Al-Qur’an telah memberi jawapannya lebih 1400 tahun bahawa api datangnya dari tindakbalas unsur karbon dan oksigen dan dihasilkan oleh pokok hijau.

Maha Suci Allah dengan KebesaranNya.

Wallahua’lam.

01/08/2011 at 10:01 AM Leave a comment

Panduan Selawat Solat Tarawih bersumberkan JAKIM

Panduan Selawat Solat Tarawikh bersumberkan JAKIM

Panduan untuk berselawat semasa menunaikan ibadah solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Dokumen sedia untuk dicetak pada kertas saiz A3 portrait. Untuk hasil lebih baik sila buat cetakan warna dan kemudiannya di’laminate’ sebelum di tampal di dinding surau/masjid sebagai panduan kepada bilal dan ahli jemaah surau atau masjid.

Contoh panduan yang siap dilekatkan di dinding surau/masjid:

Contoh Panduan Selawat Solat Tarawih Yang Siap Di Lekatkan Di Dinding

Sila muat turun fail di bawah untuk dicetak.

click to download selawat solat tarawih

sila klik untuk muat turun selawat solat tarawih

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H semoga mendapatkan ganjaran beribadah malam 1000 bulan (Lailatul Qadr) di bulan mulia ini.

30/07/2011 at 6:26 PM Leave a comment

Live Love Allah – LLA Network, where peace and life meet

Kalimah of Allah seen on morning sky in Malaysia on 17072011
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
[In the name of Allah, Most Beneficient, Most Merciful]

” Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal salih serta berkata, ” Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Fushilat: 33)

Live-Love-Allah (LLA Network) atau Bahasa Melayu nya bermaksud Hidup Cintakan Allah (HCA) diasaskan bagi mengembangkan dan mengarus-perdanakan konsep dan penghayatan cinta kepada Allah yang menjadikan kita dan alam semesta seluruhnya dan satu-satunya yang wajib kita sembah.

LLA Network ini adalah terbuka kepada semua yang cintakan Maha Pencipta. Selamat berdiskusi, berinteraksi dan mempromosikan asas2 ajaran Islam kerana hakikatnya ‘bos’ kita yang sebenar ialah Allah SWT dan ‘produk’ yg perlu dipasarkan ialah ajaran Islam. Pasaran kita pula ialah seluruh umat manusia yang dahagakan kebenaran dan pencarian Tuhan yang sebenar. Oleh itu atasilah perasaan malu (sekiranya ada) dan mulalah mempromosi “produk bos kita” di alam maya seperti medium facebook dan twitter iaitu dengan meng’update status’ yang membawa maksud mengajak kepada perkara2 kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Dengan hasil usaha kita yang sedikit itu diharapkan dapat mengingatkan dan membantu saudara2 dan sahabat2 kita dalam meningkatkan penghayatan kepada pengEsaan kepada Allah dan dalam mengikuti ajaranNya. InsyaAllah hasil ‘komisen’nya  akan dapat kita nikmati di alam akhirat kelak sekiranya tidak berkesempatan di alam dunia ini.

Wallahua’lam

26/07/2011 at 9:25 AM Leave a comment


Join LLA Network on FB:

Arkib LLA:

Join 1 other follower


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.